Rindu Serindu-rindunya.
Monday, 31 October 2011 | 20:52 | 0 comments
Selamat Pagi! Kali ni aku mau ulas pasal camping dulu time aku masih mudah-mudah. Ni lah yang aku mimpi semalam. :( Rindu aku time ni. Apa yang terjadi semua di sini, semua nya jadi kenangan kami semua. First time ni jumpa pengakap dari sekolah lain. Sekolah, SMK Datok Peter Mojuntin, SMK Bahang, SMK Putatan, dan SMK Taman Tun Fuad. First pasal camp ni. Kami semua berjumpa dirumah Skip Madil(Pesuruhjaya Pengakap Putatan) di kampung ulu, putatan. First aku nampak orang stranger. Adalah juga perasaan malu-malu tu. Tapi yang paling kuat rasa tembirang tu. Apa nda, dorang semua pun aku tengok tembirang. Hahahaaaa. Kami semua kena suruh bermalam dirumah Skip. Ramai kami. Mau 24orang kami dalam rumah skip. Tapi rumahnya muat kira-kira 10orang gitu lah. Hahahaaa. Behimpit-himpit kami dalam rumah skip. Best juga lah time malam ni. Ada juga kawan ku. Tapi yang sekolah sama seja. Kami semua masing-masing layan kawan dari sekolah yang sama. Teda rasa ingin berkenalan. Semuanya buat muka tembirang. Hahahaaa. Sekali paginya, Kami bersiap. Mau bertolak pergi beaufort kan. Ikut bas express. Hahahaaa. Lama kami tunggu, Dari jam6 sampai lah jam10. Sempat lagi si Vivi suhana tidur siring jalan.(siapa suruh nda tidur malam). Sekali sampai seja bas. Happy semua. Ada yang duduk ala-ala couple sit. Ada yang kebaruan(buat bising). Ada yang tidur sepanjang perjalanan(aku). Sampai seja kami di Beaufort. Panas! Jalan kaki lagi tu 1kilometer pigi tapak perkhemahan. Nasib lah ada Skip beaufort tolong kami. Namanya Skip Suhaimi. Baik orangnya, dia tolong kami angkat beg kami kasih masuk dalam keretanya. Then, kurang lah sudah beban kami jalan kaki 1kilometer dibawah matahari yang panassssssssss!(masih lagi aku ingat). Then, sampai seja kami pigi tapak camp. Semuanya merungut. Sebab, kami dijanji tapak camp dalam hutan. Itu lah kami merungut. Semuanya semangat mau camping dalam hutan. Sekali tengok, sana depan dewan Orang-Orang Kaya. First kami sampai, semuanya buat andaian. (Ala, kali ni mesti nda best kn. Semua cakap iya). Sekali tengok, berlaku disebalik yang kami andaikan. Mahu tahu lebih lanjut? Later aku update. :)